NUFFNANG

Wednesday, December 8, 2010

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432 DI JOHOR BAHRU


Sambutan maal hijrah pada tahun ini disempurnakan oleh Menteri Besar Johor Abdul Ghani othman di Pusat Islam Iskandar Johor Bahru. Sambutan tersebut sangat meriah dengan pelbagai persembahan serta jumlah kehadiran yang memberangsangkan. Maal Hijrah adalah tahun baru bagi kalendar islam disambut setiap tahun oleh umat islam dan ia merupakan hari pertama dalam tahun baru tersebut  serta diiringi dengan azam dan matlamat yang baru, semoga kita semua memperolehinya demi mempertingkatkan diri kepada yang lebuh baik. Insyaallah dengan izin allah kita semua akan di rahmatinya. Amin


Menteri besar dua darimkiri sedang bersembang dengan  tokoh maal hijrah peringkat negeri johor yang merupakan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Selamat Hashim hari ini diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Johor 1432/2010. Kiri dan kanan adalah bagi kategori Anugerah Saudara Kita (Saudara Baru). Hadiah - hadiah tersebut telah di sediakan oleh syarikat UMR. Hadiah bagi tokoh maal hijrah tahun ini telah direka khas oleh Mohd Arif Muammar Bin Sukiman iaitu suamiku yang tersayang. Sangat berbangga dapt melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh dedikasi demi menjayakan majlis tersebut.

Haa ni la dia tokoh maal hijrah dari jarak dekat bersama Menteri Besar Johor. Yang paling di banggakan gmbar kanan trofi yang direka khas oleh my hubby Mohd Arif Muammar Bin Sukiman.Kami berkerjasama untuk menjayakan majlis tersebut. Terima kasih kepada Pejabat Agama Johor kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menjayakan majlis tersebut. Semoga pihak kami dapat berkerjasama lagi di masa akan datang. Amin...............

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH







No comments:

Post a Comment